Putera Hisahito

Putera Hisahito dengan bondanya, Puteri Kiko

Putera Hisahito, Putera Diraja Akishino (B. Jepun: 秋篠宮悠仁親王 Akishino no miya Hisahito shinnō), lahir 6 September 2006, merupakan anak ketiga kepada Putera Mahkota Akishino Fumihito dan Puteri Mahkota Akishino Kiko, dan merupakan anak lelaki yang pertama.[1][2] Beliau telah dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo. Mengikut urutan anggota keluarga diraja yang terkini, dia berada di barisan ketiga untuk menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun. Hal ini disebabkan Parlimen Jepun masih belum memutuskan sama ada akan menggubal peraturan baru bagi membenarkan seorang perempuan, iaitu anak tunggal Putera Makhota Naruhito, Puteri Aiko menaiki takhta.

Putera Hisahito mempunyai dua orang kakak, Puteri Mako dari Akishino (lahir 23 Oktober 1991) dan Puteri Kako dari Akishino (lahir 29 Disember 1994).

  1. ^ "Japan princess gives birth to boy". BBC News. 2006-09-06. Dicapai pada 2006-09-05. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Walsh, Bryan (2006-09-05). "Japan Celebrates: It's a Boy!". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-13. Dicapai pada 2006-09-05. Check date values in: |date= (bantuan).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy