Qarin

Eskatologi Islam
Portal Islam

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap seorang manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa setiap satu Qarin mengikuti setiap seorang manusia sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya. Qarin bekerja sekuat tenaganya untuk menghalang manusia daripada membuat amal ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy