Racun serangga

Belalang mati setelah disembur dengan racun perosak.

Racun serangga ialah racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Ia banyak digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, industri dan isi rumah. Ia termasuklah racun untuk membunuh telur dan larva serangga. Penggunaan racun serangga dipercayai telah berjaya meningkatkan hasil pertanian dalam abad ke-20.[1]

Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan. Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum. Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula disentisiskan dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar; kebanyakannya beracun pada manusia; dan yang lain terkumpul dalam jaringan makanan.

  1. ^ van Emden HF, Pealall DB (1996) Beyond Silent Spring, Chapman & Hall, London, 322pp.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy