Rampasan kuasa Myanmar 2021

Rampasan kuasa Myanmar 2021
Sebahagian daripada Konflik Myanmar

Bekas Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi (kiri), dan pemimpin rampasan kuasa Min Aung Hlaing (kanan)
Tarikh1 Februari 2021
Lokasi
Myanmar
Keputusan

Rampasan kuasa tentera berjaya

  • Pengakhiran pemerintahan awam dan penggunaan pemerintahan tentera
  • Aung San Suu Kyi dan Win Myint ditahan dan digulingkan
  • 24 menteri dan timbalan menteri digulingkan
  • Majlis angkat sumpah ahli Parlimen dihalang
  • Darurat diisytiharkan untuk tempoh setahun
  • Min Aung Hlaing menjadi Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara
  • Myint Swe menjadi pemangku presiden
  • Kabinet baru dibentuk
  • Badan pemerintahan eksekutif baru dan Majlis Pentadbiran Negara ditubuhkan
Pemerintah
Kerajaan Myanmar Tatmadaw
Komandan dan pemimpin
Aung San Suu Kyi
(Kaunselor Negara Myanmar)
Win Myint (Presiden Myanmar)
Min Aung Hlaing
(Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Myanmar)
Myint Swe
(Naib Presiden Pertama Myanmar)
Kerugian dan korban
Tiada

Suatu rampasan kuasa di Myanmar[1][2] bermula pada pagi 1 Februari 2021 ketika anggota parti pemerintah Myanmar yang dipilih secara demokratik, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi, digulingkan oleh Tatmadaw—tentera Myanmar—yang memberikan kuasa dalam stratokrasi. Tatmadaw mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyatakan kuasa telah diberikan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing.[3][4] Rampasan kuasa berlaku sehari sebelum Parlimen Myanmar bersidang di mana anggota yang dipilih pada pilihan raya umum November 2020 sepatutnya mengangkat sumpah.[5][6][7] Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi bersama menteri, timbalan menteri serta ahli Parlimen ditahan.[8][9]

Pada 3 Februari 2021, Myint didakwa kerana melanggar garis panduan kempen dan sekatan COVID-19 di bawah seksyen 25 Undang-Undang Pengurusan Bencana Alam. Suu Kyi didakwa kerana melanggar undang-undang darurat COVID-19 kerana mengimport dan menggunakan alat radio dan komunikasi secara haram, khususnya enam peranti ICOM dari pasukan keselamatannya dan walkie talkie; yang dihalang di Myanmar dan memerlukan izin dari agensi yang berkaitan dengan ketenteraan sebelum pemerolehan.[10] Kedua-duanya direman dalam tahanan selama dua minggu.[11][12][13]

  1. ^ Beech, Hannah (31 Januari 2021). "Myanmar's Leader, Daw Aung San Suu Kyi, Is Detained Amid Coup". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 31 Januari 2021.
  2. ^ Mahtani, Shibani; Lynn, Kyaw Ye. "Myanmar military seizes power in coup after detaining Aung San Suu Kyi". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2021.
  3. ^ Foundation, Thomson Reuters. "Myanmar military seizes power, detains elected leader Aung San Suu Kyi". news.trust.org (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Myanmar gov't declares 1-year state of emergency: President's Office". www.xinhuanet.com.
  5. ^ Reuters (1 Februari 2021). "Myanmar military seizes power, detains elected leader Aung San Suu Kyi". news.trust.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  6. ^ huaxia, penyunting (1 Februari 2021). "Myanmar gov't declares 1-year state of emergency: President's Office". xinhuanet. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  7. ^ "Myanmar Leader Aung San Suu Kyi, Others Detained by Military". voanews.com. VOA (Voice of America). 1 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  8. ^ Beech, Hannah (31 January 2021). "Myanmar's Leader, Daw Aung San Suu Kyi, Is Detained Amid Coup". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2021. Dicapai pada 31 January 2021.
  9. ^ Mahtani, Shibani; Kyaw Ye Lynn (1 Februari 2021). "Myanmar military seizes power in coup after detaining Aung San Suu Kyi". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  10. ^ Myat Thura; Min Wathan (2021-02-03). "Myanmar State Counsellor and President charged, detained for 2 more weeks". Myanmar Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-04.
  11. ^ Adange, Christy (2021-02-04). "Myanmar Coup: Aung San Suu Kyi charged with military for "transceiver and handshake"". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-04.
  12. ^ Quint, The (2021-02-04). "Days After Coup, Aung San Suu Kyi Charged for Breaching Import Law". The Quint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-04.
  13. ^ Solomon, Feliz (2021-02-03). "After Myanmar Coup, Aung San Suu Kyi Accused of Illegally Importing Walkie Talkies". Eminetra (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2021-02-04.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy