Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ريجيمن عسكر ملايو دراج | |
---|---|
Aktif | 1 Mac 1933 (ditubuhkan) |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Yang diPertuan Agong Malaysia |
Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
Jenis | Tentera darat |
Pusat latihan | Port Dickson, Negeri Sembilan |
Moto | Taat Setia |
Tanda kebesaran | |
Panji |
Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD atau juga disebut Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri utama di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dibantu oleh Rejimen Sempadan sebagai infantri ringan.
Rejimen Askar Melayu DiRaja caknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion.
Berikutan sudah tiada lagi ancaman dari komunis, maka bermula pada penghujung 1994, Rejiman Askar Melayu Diraja telah dikecilkan menjadi 25 buah batalion sahaja.
Akan tetapi selepas terjadinya Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013, TDM pada bulan Mei 2014 telah mengaktifkan semula batalion ke-26 (26 RAMD) melalui Kuasa Waran Perjawatan FED(M)/3000/1/14. Batalion ini kini ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.[1] Ini pula diikuti dengan penubuhan batalion ke-27 (27 RAMD) yang akan ditempatkan di dalam formasi Markas 5 Briged, berpangkalan di pantai barat Sabah.[2]
Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.