Rejimen Askar Wataniah | |
---|---|
Aktif | 1 Jun 1958 (ditubuhkan) |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Tentera Darat Malaysia |
Jenis | Pasukan Simpanan Angkatan Tentera |
Peranan | Sebagai pasukan pelapis kepada Tentera Darat Malaysia. |
Pusat latihan | PUSWATAN, Ipoh, Perak |
Moto | "Berkhidmat Untuk Negara" |
Laman web | http://aw.army.mil.my/ |
Rejimen Askar Wataniah (RAW) atau juga Askar Wataniah (AW) merupakan satu pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Askar Wataniah merupakan benteng kedua dalam pertahanan dalam perkhidmatan TDM. Sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara masa kini, Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah mengeluarkan konsep Angkatan Simpanan keseluruhannya serta menggariskan peranan dan tugas Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT). Konsep yang telah digariskan oleh Bahagian Pasukan Simpanan (J8), Markas ATM itu juga menetapkan bahawa PSTD akan mengandungi dua komponen iaitu Simpanan Angkatan Tetap (SAT) dan Simpanan Sukarela atau juga disebut di bawah Seksyen 195(1)(a) Akta AT, 1972 sebagai Askar Wataniah Malaysia. Dengan itu, peranan dan tugas yang digariskan untuk PSTD adalah juga merupakan peranan dan tugas Askar Wataniah.