Republik Cekh ريڤوبليك چيخ Česká republika | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Pravda vítězí" | |||||
Lagu kebangsaan: Kde domov můj | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Praha | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Cekh (de facto)1 | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Petr Pavel | ||||
Petr Fiala | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Austria-Hungary | 28 Oktober 1918 | ||||
1 Januari 1993 | |||||
2.0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 10,900,555[1] (ke-85) | ||||
• Bancian Penduduk 2021 | 10,524,167[2] | ||||
133/km2 (344.5/sq mi) (ke-91) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD539.318 bilion[3] (ke-46) | ||||
▲ USD49,025[3] (39th) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD335.243 bilion[3] (ke-47) | ||||
▲ USD30,474[3] (ke-37) | |||||
Gini (2020) | 24.2[4] rendah | ||||
HDI (2022) | ▲ 0.895[5] sangat tinggi · ke-32 | ||||
Mata wang | Koruna Cekh ( CZK ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Kod panggilan | 420 | ||||
DPT internet | .cz |
Republik Cekh (Czech: Česká republika [ˈtʃɛskaː ˈrɛpublɪka] , bahasa Inggeris: Czech Republic[6]) atau juga dikenali ringkasnya sebagai Cekhia (Cekh: Česko [ˈtʃɛsko] , Latin: Cechia ,[7] Inggeris: Czechia[6]) ialah sebuah negara tanpantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Praha. Republik Cekh terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia.
Republik Cekh menyertai NATO pada tahun 1999 dan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2004. Selain itu, ia merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OECD dan Majlis Eropah. Republik Cekh merupakan sebuah negara membangun, mempunyai ekonomi yang kukuh, memiliki taraf hidup yang tinggi dan maju.
Pada 1993 berikutan pembubaran Cekhoslovakia, Kementerian Hal Ehwal Luar negara ini mengumumkan nama Česko sebagai nama rasmi dalam bahasanya dan Czechia untuk semua terjemahan dalam bahasa Inggeris[8] yang dirasmikan pada 2016,[9] nama Inggeris Czechia diterima pakai media bahasa Inggeris terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[6] Kesatuan Eropah[10] dan Kesatuan Penyiaran Eropah,[11] serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.[12]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama census2021