Revolusi Belgium

Revolusi Belgium
Sebahagian daripada Revolusi 1830

Episode des journées de Septembre 1830 ("Episod Revolusi Belgium 1830") lukisan Gustaf Wappers (1834)
Tarikh25 Ogos 1830 – 14 Julai 1831
Lokasi
Eropah Barat (Belanda dan Belgium)
Keputusan Kemenangan Belgium; kuasa besar Eropah mengiktiraf Belgium sebagai negara merdeka.
Pihak yang terlibat

Pemberontak Belgium


Disokong oleh:
Perancis Perancis
Belanda Belanda
Komandan dan pemimpin
Charles Rogier
Erasme, Baron Surlet de Chokier
Perancis Raja Louis-Philippe Perancis Étienne Maurice Gérard
Belanda Raja Willem I
Belanda Putera Mahkota Willem
Belanda Putera Frederick
Kekuatan
Tidak diketahui
Perancis 60,000 tentera[1]
Belanda 50,000 tentera[2]

Revolusi Belgium merupakan konflik yang terjadi di selatan wilayah Kerajaan Belanda dan kesannya penubuhan Kerajaan Belgium.

Penduduk-penduduk di wilayah selatan Belanda kebanyakannya penganut agama Roman Katolik dan separuh daripadanya merupakan penutur bahasa Perancis. Para liberal menganggap pemerintahan Willem I bertakhtakan kuku besi.

Pada 25 Ogos 1830, rusuhan meletus di Brussel dan pasar dirompak. Kilang-kilang diduduki pemberontak dan semua mesin dirosakkan. Pembunuhan berlaku di serata negara. Raja Willem mula mengeluarkan perintah menghantar tentera ke selatan tetapi rusuhan tetap berterusan dan pemimpin wilayah selatan diambil oleh radikal dan mula mengatakan mengenai pemisahan.[3]

Pihak Syarikat-Jeneral di Brussels mengundi untuk melaksanaan kemerdekaan. Akhirnya, Kongres Kebangsaan ditubuhkan. Raja Willem menahan tenteranya dan memohon kepada kuasa besar. Keputusan Persidangan London menyaksi kuasa besar Eropah mengakui kemerdekaan Belgium. Berikutan Leopold I mengakui bahawa beliau sebagai Raja Belgium pada tahun 1831, Raja Willem menghantar bala tenteranya untuk menakluk semula Belgium melalui beberapa kempen. "Kempen Sepuluh Hari" arahan baginda gagal kerana campur tangan Perancis. Sehingga 1839, Kerajaan Belanda akhirnya menerima keputusan persidangan London dan kemerdekaan Belgium ditandatangani di Perjanjian London pada tahun yang sama.

  1. ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle ... , by Spencer C. Tucker, 2009, p. 1156
  2. ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle ... , by Spencer C. Tucker, 2009, p. 1156
  3. ^ Paul W. Schroeder, The Transformation of European Politics 1763-1848 (1994) pp 671-91

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy