Aggregat-4 /Vergeltungswaffe-2 | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu balistik peringkat tunggal |
Tempat asal | Jerman Nazi |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1944–1952 |
Digunakan oleh | Tentera Darat Jerman SS Pasca perang: United Kingdom Amerika Syarikat Soviet Union |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde |
Pengeluar | Mittelwerk GmbH |
Kos unit | 100,000 RM Januari 1944, 50,000 RM Mac 1945[1] |
Dihasilkan | 16 Mac 1942 – 1945 (Jerman) Sesetengah dipasang selepas perang |
Spesifikasi | |
Berat | 12,500 kg (27,600 lb) |
Panjang | 14 m (45 ka 11 in) |
Diameter | 1.65 m (5 ka 5 in) |
Warhead | 1,000 kg (2,200 lb) Amatol |
Detonation mechanism | impak |
Lebar sayap | 3.56 m (11 ka 8 in) |
Bebaling | 3,810 kg (8,400 lb) 75% etanol/25% air 4,910 kg (10,820 lb) oksigen cair |
Jarak operasi | 320 km (200 bt) |
Altitud penerbangan | 88 km (55 bt) ketinggian maksimum pada trajektori jarak jauh, 206 km (128 bt) ketinggian maksimum jika dilancarkan secara menegak |
Kelajuan | maksimum:5,760 km/j (3,580 mph) pada impak: 2,880 km/j (1,790 mph) |
Sistem pemanduan | Giroskop untuk menentukan arah Pecutan giroskopik jenis gantung-Müller untuk pemutus enjin bagi kebanyakkan pengeluaran roket[2][3]:225 |
Platform pelancaran | Bergerak (Meillerwagen) |
Roket V-2 (Jerman: Vergeltungswaffe 2 , "Senjata Balas Dendam 2"), nama teknikal Aggregat 4 (A4), merupakan peluru berpandu balistik jarak jauh pertama dunia[4]. Peluru berpandu dengan enjin roket bahan api cecair telah dibangunkan semasa Perang Dunia II di Jerman sebagai "senjata pembalasan", ditetapkan untuk menyerang bandar-bandar Bersekutu sebagai membalas dendam atas pengeboman Bersekutu terhadap bandar-bandar Jerman. Roket V-2 juga menjadi objek buatan manusia pertama yang melintasi sempadan angkasa dengan pelancaran menegak MW 18014 pada 20 Jun 1944.[5]
Penyelidikan dalam penggunaan roket jarak jauh tentera bermula apabila kajian-kajian dari pelajar siswazah Wernher von Braun menarik perhatian Tentera Darat Jerman. Satu siri prototaip memuncak dengan A-4, yang memasuki perang sebagai V-2. Bermula bulan September 1944, lebih 3,000 V-2 telah dilancarkan oleh Wehrmacht Jerman keatas sasaran Bersekutu semasa peperangan, mula-mula London dan kemudian Antwerp dan Liège. Menurut dokumentari BBC 2011, serangan ini menyebabkan kematian kira-kira 9,000 orang awam dan anggota tentera, manakala 12,000 buruh paksa dan tawanan kem tahanan maut kerana menghasilkan senjata ini.[6]
Setelah kejatuhan Jerman, pasukan-pasukan dari tentera Bersekutu—iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Soviet Union—berlumba-lumba untuk merampas tapak utama pembuatan dan teknologi Jerman. Wernher von Braun dan lebih 100 orang kakitangan penting V-2 menyerah diri kepada pihak Amerika. Akhirnya banyak pasukan asal V-2 bekerja di Redstone Arsenal. Pihak AS juga merampas secukupnya perkakasan V-2 untuk membina kira-kira 80 buah misil. Pihak Soviet dapat memiliki fasiliti penghasilan V-2 selepas perang, membuat semula pengeluaran V-2, dan memindahkannya ke Soviet Union.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kennedy
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Neufeld