Sarawak سراوق | |
---|---|
Wilayah Sarawak | |
Nama panggilan: Bumi Kenyalang[1] | |
Cogan kata: Bersatu, Berusaha, Berbakti | |
Lagu: Ibu Pertiwiku [2] | |
Koordinat: 2°48′N 113°53′E / 2.800°N 113.883°EKoordinat: 2°48′N 113°53′E / 2.800°N 113.883°E | |
Ibu Kota | Kuching |
Bahagian | |
Pentadbiran | |
• Yang di-Pertua Negeri | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
• Premier | Abang Johari Openg (GPS-PBB) |
Keluasan | |
• Jumlah | 124,450 km2 (48,050 batu persegi) |
Penduduk (2024)[4] | |
• Jumlah | 2,939,785 |
• Kepadatan | 24/km2 (61/batu persegi) |
Demonim | Rakyat Sarawak |
Indeks Pembangunan Manusia (HDI) | |
• HDI (2023) | 0.824 |
Zon waktu | UTC+8 (MST[6]) |
Poskod | |
Kod panggilan | 082 hingga 086[9] |
Kod ISO 3166 | K (MY-13, 50–53)[10][11] |
Pendaftaran kenderaan | QA hingga QT[12] |
Kerajaan sendiri | 22 Julai 1963[13][14] |
Perjanjian Malaysia[15] | 16 September 1963 |
Laman sesawang | "Official Portal of the Sarawak Government". |
Sarawak (Jawi: سراوق ) dikenali juga Sarawak Bumi Kenyalang (سراوق بومي کڽالڠ) merupakan wilayah yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah (dahulu dikenali Borneo Utara), Singapura, dan Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia) membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Wilayah Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan wilayah Sabah juga dikenali sebagai Malaysia Timur (boleh juga disebut sebagai Malaysia Borneo).[16]
Penghunian manusia yang paling awal di Sarawak adalah di Gua Niah bermula pada 40,000 tahun dahulu, yang juga adalah kaum orang asal Borneo sendiri. Ini berdasarkan keputusan hasil kajian ke atas tengkorak purba dan tulang paha yang berusia 40,000 dipercayai ada kaitan dengan orang asli Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian deep skull dan tulang paha dengan orang asli wanita Iban.
Malahan penemuan Tembikar Iban Nuan atau Penuan di Gua Niah Sarawak yang berusia lebih 1000 tahun juga telah membuktikan tentang Peradaban awal manusia di Pulau Borneo yang sama dengan tembikar tanah buatan Iban sendiri.
Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di tapak arkeologi Santubong. Wilayah pesisir Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar Brunei pada abad ke-16. Pada tahun 1839, James Brooke, seorang penjelajah British, tiba di Sarawak. Beliau dan keturunannya pernah memerintah Sarawak dari tahun 1841 hingga 1946. Semasa Perang Dunia Ke-2, Sarawak pernah dijajah oleh Jepun selama tiga tahun. Selepas perang, Rajah Putih yang terakhir, Charles Vyner Brooke, menyerahkan Sarawak ke Britain, dan pada tahun 1946 ia menjadi Koloni Mahkota British. Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan kuasa untuk mewujudkan kerajaan sendiri oleh British dan kemudiannya menjadi salah satu wilayah dalam Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Namun, persekutuan itu ditentang oleh Kerajaan Indonesia yang membawa kepada konfrontasi selama tiga tahun. Penciptaan Persekutuan juga mengakibatkan pemberontakan komunis yang berlangsung hingga tahun 1990.
Ketua wilayah Sarawak adalah Gabenor Sarawak, atau juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala ketua pemerintah kerajaan Sarawak adalah Premier Sarawak. Wilayah Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti pada sistem parlimen kerajaan United Kingdom dan juga merupakan sistem perundangan yang terawal di Malaysia.
Kerana sumber semula jadinya yang besar, Sarawak mengkhususkan dalam eksport minyak dan gas, kayu, dan kelapa sawit. Sarawak juga mempunyai sektor-sektor lain seperti sektor perkhidmatan (perkhidmatan awam dan swasta), sektor kewangan dan pelaburan, sektor perkilangan dan perindustrian, sektor perniagaan, sektor pembinaan (projek hartanah, perumahan, dan pembangunan bandar), sektor sumber tenaga alternatif (tenaga hidrogen, tenaga air, tenaga solar, dan tenaga geothermal), sektor pertanian moden, serta sektor pelancongan dan kebudayaan yang semakin rancak. Sarawak mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang sangat unik, penuh kebudayaan, dan linguistik. Ianya terdiri daripada kumpulan etnik utama termasuk Iban, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Kelabit, dan Orang Ulu. Kedudukan wilayah Sarawak adalah terletak berhampiran dengan dua buah negara serantau, iaitu Indonesia (Kalimantan) dan Brunei Darussalam.
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa rasmi bagi wilayah Sarawak, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa dialek majoriti masyarakat setempat di Sarawak. Sarawak juga adalah satu-satunya wilayah yang tidak mempunyai agama rasminya sendiri. Ini kerana wilayah Sarawak masih mengamalkan kebebasan beragama sepenuhnya bagi agama-agama lain seperti Kristian, Islam, Buddha, Sikh, Taoisme, dan lain-lain. Pada masa yang sama, Sarawak masih mengamalkan semangat perpaduan kaum dan pengukuhan budaya yang utuh tanpa sebarang masalah dalam kehidupan seharian.
|archiveurl=
value (bantuan)