Sega Saturn

Sega Saturn
Model Saturn untuk pasaran Amerika Utara
Model 2 Saturn untuk pasaran Jepun
Atas: Model 1 Saturn untuk pasaran Amerika Utara
Bawah: Model 2 Saturn untuk pasaran Jepun
PengilangSega
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcitJepun 22 November 1994
Amerika Syarikat 11 Mei 1995
Kesatuan Eropah 8 Julai 1995
MediaCD
CPU2× Hitachi SH-2 berkelajuan 28.6 MHz

Sega Saturn (セガサターン, Sega Satān) merupakan sebuah konsol permainan video 32-bit yang dikeluarkan oleh syarikat permainan video Sega. Ianya telah dikeluarkan pada 22 November 1994 di Jepun, 11 Mei 1995 di Amerika Utara dan pada 8 Julai 1995 di Eropah sebagai pengganti kepada konsol Sega Genesis. Konsol ini dikenali ramai kerana ianya bersaing secara terus dengan konsol Sony PlayStation yang dikeluarkan sebulan kemudian dan juga konsol Nintendo 64.

Pada awalnya konsol ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 2 September 1995 di kawasan Amerika Utara namun begitu, ketika acara E3 bulan Mei 1995, presiden Sega bahagian Amerika Utara, Tom Kalinske mengumumkan bahawa konsol Saturn sudah mula dijual di kebanyakkan kedai yang menyebabkan para pembangun permainan video merasa terkejut kerana pihak Sega tidak memberitahu mengenai tarikh sebenar perasmian konsol ini di kawasan Amerika Utara[1]. Tom merasakan pihak Sega perlu mempercepatkan tarikh perasmian konsol ini bagi permintaan yang tinggi[2].

Akibat daripada keputusan mempercepatkan tarikh pengeluaran konsol Saturn ini menyebabkan para pembangun permainan video tidak sempat untuk membangunkan permainan video semasa pelancaran tersebut dan hanya sedikit sahaja permainan video yang dikeluarkan pada ketika itu[3]. Konsol Saturn kemudiannya gagal mendapat sambutan pengguna-pengguna pada ketika itu yang lebih memilih konsol PlayStation yang menawarkan harga yang lebih rendah serta mempunyai lebih permainan video berbanding konsol ini[1].

Sega kemudiannya menamatkan pengeluaran konsol Saturn pada tahun 1998 di Amerika Utara dan Eropah serta tahun 2000 di Jepun[4].

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama release
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama release1
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama release2
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama release3

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy