Nama penuh | Kelab Bola Sepak Selangor | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Gergasi Merah King of Malaya | |||
Nama pendek | SFC SEL | |||
Diasaskan | 1905 22 February 1936 , sebagai Persatuan Bola Sepak Selangor 2 October 2020 , sebagai Kelab Bola Sepak Selangor (Bergabung dengan PKNS FC) | (Tidak rasmi) sebagai Liga Bolasepak Persatuan Selangor |||
Stadium | Stadium MBPJ (Kapasiti: 10.661) | |||
Pengerusi | Tengku Amir Shah | |||
Pengurus jurulatih | Haizal Samat | |||
Liga | Liga Super Malaysia | |||
2024 | Liga Super Malaysia, 2 daripada 14 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Kelab Bola Sepak Selangor
ialah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di bandar Shah Alam, Selangor, Malaysia. Selangor kini bersaing dalam Liga Super Malaysia, peringkat tertinggi bola sepak Malaysia. Kelab ini digelar Gergasi Merah. Diasaskan secara rasmi pada tahun 1936 oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), persatuan itu membina pembangunan bola sepak hasil penggabungan dengan Liga Bola Sepak Persatuan Selangor (SAFL) yang ditubuhkan pada tahun 1905 dan membentuk pasukan bola sepak profesional yang dikenali sebagai Selangor. Pada 2 Oktober 2020, kelab ini secara rasminya membuat penswastaan di bawah entiti baharu sebagai Kelab Bola Sepak Selangor selepas diluluskan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 29 September 2020.[1] Selangor pada masa ini bermain di tempat sendiri di Stadium Petaling Jaya selepas gelanggang asal kelab itu, Stadium Shah Alam, ditutup untuk menjalani kerja-kerja pengubahsuaian besar-besaran dan pembinaan semula yang telah dipanjangkan untuk tempoh masa yang panjang.[2][3][4][5][6]
Selangor adalah kelab yang paling berjaya dan paling dihormati di Malaysia, dari segi penghormatan keseluruhan yang dimenangi dengan 52 trofi kelayakan teratas dan 61 trofi secara terkumpul. Di dalam negara, Selangor telah memenangi sejumlah 6 kejuaraan liga divisyen teratas Malaysia yang merangkumi 2 kejuaraan Liga Super Malaysia (liga yang Selangor bermain ketika ini), 1 gelaran Liga Perdana 1, 2 kejuaraan Liga Semi-Pro Divisyen 1 dan 1 gelaran Liga Malaysia.[7] Dalam pertandingan piala, Selangor mempunyai rekod 33 Piala Malaysia, 5 Piala FA Malaysia dan 8 Piala Sumbangsih.[8] Selain itu, Selangor juga telah memenangi 2 gelaran divisyen dua; 1 gelaran Liga Perdana Malaysia dan 1 gelaran Liga Semi-Pro Divisyen 2[9]dan antara 1951 dan 1973, 7 Piala FAM Malaysia di mana Piala FAM Malaysia diadakan sebagai pertandingan piala kalah mati antara pasukan negeri selepas Piala Malaysia.
Selangor juga merupakan kelab Malaysia pertama yang melayakkan diri dan menyertai kejohanan kelab benua Asia, Kejohanan Kelab Juara Asia di mana Selangor menamatkan saingan sebagai naib juara pada 1967, edisi pertama kejohanan kelab benua peringkat teratas Asia, yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Liga Juara-Juara AFC pada tahun 2002. Selangor juga merupakan pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang mencatatkan kejuaraan berganda dalam sejarah dengan memenangi Liga Malaysia dan Piala Malaysia
Selangor juga melahirkan ramai bintang bola sepak Malaysia yang membawa kejayaan kepada kedua-dua kelab dan negara seperti Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Abdul Ghani Minhat, Wong Choon Wah, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Amri Yahyah, Safee Sali, Alif Aiman dan ramai lagi..[10] Kelab ini juga merupakan salah satu kelab yang mempunyai pernyokong terbaik di Malaysia dan di seluruh benua Asia[11] dan mempunyai beberapa persaing, terutamanya dengan Singapura, Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta'zim.