Senarai Presiden Amerika Syarikat

Presiden Amerika Syarikat ialah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden mengetuai cawangan eksekutif kerajaan persekutuan dan merupakan ketua komander Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Presiden dilantik untuk penggal selama empat tahun oleh rakyat melalui Badan Perwakilan Pemilih (atau oleh Dewan Perwakilan jika Badan Perwakilan Pemilih gagal untuk memberi undi majoriti mutlak kepada mana-mana calon).

Sejak penubuhan jawatan ini pada tahun 1789, 45 orang telah berkhidmat sebagai presiden. Presiden pertama, George Washington, memenangi undian sebulat suara Badan Perwakilan Pemilih. Grover Cleveland berkhidmat untuk dua penggal berasingan dan dikira sebagai presiden ke–22 dan ke–24. William Henry Harrison mempunyai tempoh paling singkat sebagai presiden selepas beliau meninggal dunia 31 hari selepas menjawat jawatan ini pada tahun 1841. Franklin D. Roosevelt berkhidmat paling lama, lebih daripada dua belas tahun sebelum meninggal dunia semasa awal penggal keempat beliau pada tahun 1945. Beliau merupakan satu-satunya presiden untuk berkhidmat lebih daripada dua penggal. Sejak pengesahan Pindaan ke-22 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1951, tiada orang yang boleh dilantik menjadi presiden lebih daripada dua kali dan tiada orang yang telah berkhidmat lebih daripada dua tahun semasa penggal orang lain boleh dilantik lebih daripada sekali.[1]

Daripada individu-individu yang dilantik sebagai presiden, empat meninggal dunia semasa menjawat jawatan atas sebab-sebab semula jadi (William Henry Harrison,[2] Zachary Taylor,[3] Warren G. Harding,[4] dan Franklin D. Roosevelt), empat dibunuh (Abraham Lincoln,[5] James A. Garfield,[5][6] William McKinley,[7] dan John F. Kennedy) dan seorang meletak jawatan (Richard Nixon).[8]

  1. ^ "The Constitution: Amendments 11–27". U.S. National Archives & Records Administration.
  2. ^ Cleaves, Freeman (1939). Old Tippecanoe: William Henry Harrison and His Time. C. Scribner's Sons. m/s. 152.
  3. ^ Ingersoll, Jared. "Death of the President". University of Virginia's Miller Center of Public Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-08.
  4. ^ Russell, Francis (1962). The Shadow of Blooming Grove – Warren G. Harding in His Times. Easton Press. m/s. 591. ISBN 0070543380.
  5. ^ a b Martin, Paul "Lincoln's Missing Bodyguard", Smithsonian Magazine, April 8, 2010, Retrieved November 15, 2010
  6. ^ Donald (1996), p. 597.
  7. ^ "Big Ben Parker and President McKinley's Assassination". Math.buffalo.edu.
  8. ^ "Nixon Resigns". The Washington Post.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy