Sengkayan

Sengkayan di Florida. Perhatikan dua kepulan asap yang memberi gambaran arah dan kekuatan secara kasar tiupan angin di sebelah bawah gambar.

Sengkayan[1] (adakalanya disebut sebagai belalai air[2]) ialah suatu pusaran turus yang intensif (yang seringkali kelihatan seperti awan corong), berlaku di atas permukaan air (misalnya di laut). Sengkayan seringkali bersambungan dengan awan bentuk kumulus. Lazimnya sengkayan ini merupakan pusaran air yang bukan tornadik.[3] Sengkayan juga tidak mampu menandingi kekuatan puting beliung yang berlaku di darat, tetapi sengkayan bersifat tornadik yang lebih kencang juga boleh berlaku sekiranya dilahirkan daripada mesosiklon.[4][5] Sebenarnya sengkayan tidak menyedut air. Air yang kelihatan pada awan corong utama itu disebabkan oleh titik-titik air yang terhasil oleh proses kondensasi.[6] Kebanyakan sengkayan terbentuk di kawasan tropika, namun begitu sengkayan juga terbentuk di kawasan iklim sederhana dengan latitud yang lebih atas[2] contohnya di Eropah dan Tasik-Tasik Besar Amerika.

Umumnya, sengkayan mempunyai lima peringkat dalam kitar hayatnya; iaitu pembentukan titik hitam di atas permukaan air, pusaran di atas permukaan air, pembentukan gelungan sembur, pembentukan awan corong, dan peringkat susutan.

  1. ^ "Pusat Sumber Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Dicapai pada 20 September 2011.
  2. ^ a b istilah digunakan badan tertentu seperti Jabatan Meteorologi Malaysia, lihat: "Ribut Petir". Jabatan Meteorologi Malaysia. Dicapai pada 11 September 2011.
  3. ^ "Waterspout". Glossary of Meteorology. American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada 2006-10-25.
  4. ^ Answer.com (penyunting). "Waterspout". McGraw-Hill Encyclopedia of Science and Technology. Dicapai pada 2010-12-06.
  5. ^ Keith C. Heidorn. Islandnet.com (penyunting). "Water Twisters". The Weather Doctor Almanach. Dicapai pada 2010-12-06.
  6. ^ Encyclopedia Britannica (2009). "Waterspout". Dicapai pada 2009-08-28.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy