Serangan 11 September 2001

Serangan 11 September
سرڠن 11 سيڤتيمبر
Sebahagian daripada pengganasan di Amerika Syarikat
Dari atas, kiri ke kanan:
Menara berkembar World Trade Center terbakar; runtuhan daripada bangunan Pentagon; penerbangan 175 melanggar menara selatan World Trade Center; seorang anggota bomba meminta bantuan di kawasan sifar bumi; enjin pesawat bagi penerbangan 93 didapatkan semula dari tempat kemalangan; tiga tangkap layar video penerbangan 77 yang terhempas
Lokasi Amerika Syarikat
Bandaraya New York, New York
Arlington, Virginia
Stonycreek, Somerset, Pennsylvania
Tarikh11 September 2001 (2001-09-11)
8:14 pagi[a] – 10:03 pagi[b] (EDT)
Sasaran
Jenis serangan
SenjataKapal terbang penumpang yang dirampas
Kematian2,996
(2,977 mangsa + 19 pengganas al-Qaeda)
Tercedera6,000–25,000[c]
PelakuAl Qaeda Sunting ini di Wikidata
PenyerangAl-Qaeda, Osama bin Laden[3]
Bil. pelaku
19
MotifBeberapa; lihat fatwa oleh Osama bin Laden
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ilustrasi menunjukkan tempat dua kapal terbang melanggar WTC New York

Serangan 11 September 2001 (Tulisan Jawi: سراڠن 11 سيڤتيمبر 2001; juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[4][5] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa satu jam dan 42 minit, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, di Washington, D.C.. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.

Seramai 2,977 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[6] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[6] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[7] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[8] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[9] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[10]

Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[3] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.

Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "A Day of Remembrance" (dalam bahasa Inggeris). Keduataan Besar Amerika Syarikat di in Georgia. 11 September 2022. Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  2. ^ Stempel, Jonathan (29 Julai 2019). "Accused 9/11 mastermind open to role in victims' lawsuit if not executed". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  3. ^ a b "Bin Laden claims responsibility for 9/11" (dalam bahasa Inggeris). CBC News. 29 Oktober 2004. Dicapai pada 11 Januari 2009. al-Qaeda leader Osama bin Laden appeared in a new message aired on an Arabic TV station Friday night, for the first time claiming direct responsibility for the 2001 attacks against the United States.
  4. ^ Holmes, Stephen (2006). "Al Qaeda, 11 September 2001". Dalam Diego Gambetta (penyunting). Making sense of suicide missions. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-929797-9.
  5. ^ Keppel, Gilles; Milelli, Jean-Pierre; Ghazaleh, Pascale (2008). Al Qaeda in its own words. Harvard University Press. ISBN 978-0-674-02804-3.
  6. ^ a b "9 Years Later, Nearly 900 9/11 Responders Have Died, Survivors Fight for Compensation". FOX News. 11 September 2010. Dicapai pada 12 September 2010.
  7. ^ Goldman, Henry (12 September 2010). "New York, U.S. Commemorate Sept. 11 Anniversary With Ceremonies, Protests". Bloomberg News. Dicapai pada 12 September 2010.
  8. ^ "Top military officer honors 9/11 Pentagon victims". Associated Press. 11 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 12 September 2010.
  9. ^ "A list of the 77 countries whose citizens died as a result of the attacks on September 11, 2001". U.S. Department of State, Office of International Information Programs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-06. Dicapai pada 2010-05-06. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DustDeath

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy