Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021

Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021
Sebahagian daripada protes pilihan raya 2020–2021 dan cubaan untuk menggugat keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020
Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan: Orang ramai berkumpul di luar Kapitol, Presiden Donald Trump berucap di hadapan penyokong himpunan Selamatkan Amerika, perusuh berkumpul di Black Lives Matter Plaza
Tarikh6 Januari 2021
sekitar 2 p.m. – 5:40 p.m.
LokasiKapitol Amerika Syarikat, Washington, D.C., A.S.
38°53′23.3″N 77°00′32.6″W / 38.889806°N 77.009056°W / 38.889806; -77.009056Koordinat: 38°53′23.3″N 77°00′32.6″W / 38.889806°N 77.009056°W / 38.889806; -77.009056
PuncaPenentangan terhadap pengiraan undi Dewan Pemilihan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020
KaedahMerusuh, vandalisme, menjarah, cubaan bom
Kesan
  • Kerosakan harta benda Kapitol Amerika Syarikat termasuk vandalisme serta pejabat dan dewan dipecah masuk.[1]
  • Pengiraan undi Dewan Pemilihan tertangguh untuk beberapa jam
  • Peletakan jawatan
    • Elaine Chao
    • Betsy DeVos
    • Matthew Pottinger
    • Stephanie Grisham
    • Anna Cristina Niceta Lloyd
    • Steven Sund
    • Michael C. Stenger
    • Paul D. Irving
  • Pemasangan pagar keselamatan baharu di sekitar Kapitol
Pihak terlibat
Penyokong Donald Trump Kerajaan Amerika Syarikat
Tokoh dan pemimpin utama
Donald Trump
Rudy Giuliani
Donald Trump Jr.
Eric Trump
Ted Cruz
Mo Brooks
Madison Cawthorn
Josh Hawley
Mike Pence
Mitch McConnell
Chuck Schumer
Nancy Pelosi
Kevin McCarthy
Tokoh dan pemimpin utama
Alt-right
Proud Boys
Penganut QAnon
Ketuanan kulit putih
Neo-Nazisme
Neo-Gabungan
Kongress, staf berkaitan
Polis Kapitol
Polis Daerah Columbia
Pengawal Kebangsaan AS
Marsyal AS
Kemalangan jiwa
4 kematian[2][3]
Jumlah cedera tidak diketahui
80+ ditahan[4]
1 kematian[5]
61 pegawai cedera (56 polis, 5 bukan)[6]

Pada 6 Januari 2021, penyokong Presiden A.S. Donald Trump menyerang Kapitol Amerika Syarikat. Insiden ini berlaku ketika Kongres dan Senat bersidang untuk mengesahkan undi Kolej Elektoral bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang dimenangi Joe Biden. Bermula 5 hingga 6 Januari, penyokong Trump berkumpul di Washington, D.C. untuk membantah keputusan pilihan raya itu. Trump, penyokongnya dan sekutunya menuntut agar Naib Presiden Mike Pence dan Kongres membatalkan kemenangan Biden.[7][8][9]

Pada pagi 6 Januari (EST), para penunjuk perasaan berkumpul untuk himpunan "Selamatkan Amerika" yang diadakan di The Ellipse Rumah Putih di mana para hadirin mendengar ucapan daripada Presiden Trump, Donald Trump Jr. dan Rudy Giuliani. Tunjuk perasaan itu kemudiannya memuncak sehingga menjadi rusuhan di mana bangunan Kapitol Amerika Syarikat diserang oleh penyokong Trump. Kejadian itu berlaku setelah banyak cubaan gagal dilakukan sebelum ini oleh Trump dan penyokongnya untuk membatalkan keputusan pilihan raya.

Semasa himpunan terdahulu, Trump menyeru para penyokongnya untuk "berjuang sepenuh tenaga" agar Republikan "mengambil semula negara kita" dan meminta para penyokongnya berarak ke Kapitol A.S.[10][11] Selepas itu, kumpulan perusuh pro-Trump berarak ke Kongres dan akhirnya menyerbu bangunan itu.[12] Kongres pada waktu itu sedang bersidang bagi melakukan penghitungan undian Kolej Elektoral dan sesi perdebatan pembantahan terhadap Kolej Elektoral. Penunjuk perasaan melanggar keselamatan sebelum memasuki Kapitol lalu memecah masuk ruang Senat yang dipindahkan sementara pengawal mengacukan pistol untuk mengelakkan mereka masuk ke ruang Dewan Perwakilan.[13][14][15][16][17] Beberapa bangunan di kompleks Kapitol A.S. dikosongkan dan semua bangunan di kompleks itu kemudiannya diletakkan di bawah perintah berkurung.[18]

Seorang penceroboh, Ashli Babbitt, telah ditembak penguat kuasa semasa kekecohan di luar Dewan Pewakilan dan kemudiannya maut akibat kecederaan itu.[19][20][21] Tiga yang lain turut meninggal dunia akibat kecemasan perubatan pada hari tersebut.[2][3] Tiga alat letupan reka ganti juga dilaporkan telah dijumpai: sebutir di markas Kapitol, dan sebutir di ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Republikan dan Jawatankuasa Nasional Demokratik yang berdekatan dengan Kapitol.[22][2]

Trump bertindak balas terhadap serangan itu dengan memberitahu para penunjuk perasaan agar "pulang dengan aman"; beliau juga menyifatkan para penunjuk perasaan yang terlibat sebagai "patriot yang hebat" dan "sangat istimewa". Trump meluahkan rasa "cinta" kepada mereka serta mengaitkan serangan itu sebagai "pilihan raya yang dicuri".[23][24] Akibatnya, Twitter menyekat akaun Trump buat sementara waktu dan telah membuang tiga ciapan beliau kerana melanggar dasar integriti sivik mereka.[25][26]

Serangan di Kapitol telah digambarkan sebagai pemberontakan, hasutan dan keganasan domestik.[27][28][29][30][31][32] Beberapa sumber telah melabelkannya sebagai cubaan rampasan kuasa oleh Trump.[33][34][35][36][37] Rusuhan ini ialah kali pertama Kapitol diserang sejak pembakaran Washington pada tahun 1814 oleh pihak British semasa Perang 1812.[38][39] Menjelang 8 Januari, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa tuduhan merusuh, konspirasi hasutan dan pemberontakan sedang dipertimbangkan.[40]

  1. ^ "What happened in Washington DC yesterday? A timeline of insurrection". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-07. Dicapai pada 2021-01-08.
  2. ^ a b c "4 died as Trump supporters invaded Capitol". Associated Press. Januari 6, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021 – melalui Politico. D.C. police officials also say two pipe bombs were recovered, one outside the Democratic National Committee and one outside the Republican National Committee. Police found a cooler from a vehicle that had a long gun and Molotov cocktail on Capitol grounds.
  3. ^ a b "Over 50 people arrested, 14 officers injured and 4 deaths reported amid pro-Trump protests in DC". FOX 5 DC. Januari 6, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  4. ^ Perez, Evan; Herb, Jeremy; Polantz, Katelyn; Scannell, Kara; Carrega, Christina (January 7, 2021). "Prosecutors 'looking at all actors,' including Trump, as charges are filed against Capitol rioters". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.
  5. ^ "Police Confirm Death Of Officer Injured During Attack On Capitol". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-08.
  6. ^ Brice-Saddler, Michael; Williams, Clarence (Januari 6, 2021). "Three died of medical emergencies during siege of Capitol". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021.
  7. ^ Peñaloza, Marisa (Januari 6, 2021). "Trump Supporters Clash With Capitol Police At Protest". National Public Radio (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  8. ^ Amenabar, Teddy; Zauzmer, Julie; Davies, Emily; Brice-Saddler, Michael; Ruane, Michael E.; dll. (Januari 6, 2021). "Live updates: Hundreds storm Capitol barricades; two nearby buildings briefly evacuated; Trump falsely tells thousands he won". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  9. ^ Hooks, Scott Rodd, Kris. "Trump Supporters, Proud Boys Converge On California's Capitol To Protest Electoral College Count". www.capradio.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  10. ^ McCarthy, Tom; Ho, Vivian; Greve, Joan E. (Januari 7, 2021). "Schumer calls pro-Trump mob 'domestic terrorists' as Senate resumes election certification – live". Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021 – melalui www.theguardian.com.
  11. ^ "Before mob stormed US Capitol, Trump told them to 'fight like hell' –". The Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  12. ^ Ted Barrett, Manu Raju and Peter Nickeas. "Pro-Trump mob storms US Capitol as armed standoff takes place outside House chamber". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  13. ^ Mangan, Amanda Macias,Dan (Januari 6, 2021). "U.S. Capitol secured hours after pro-Trump rioters invade Congress". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  14. ^ Wagner, Meg; Macaya, Melissa; Hayes, Mike; Mahtani, Melissa; Rocha, Veronica; Alfonso III, Fernando (Januari 6, 2021). "Armed standoff taking place at House front door". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  15. ^ McEvoy, Jemima (Januari 6, 2021). "DC Protests Live Coverage: Entire Capitol Now On Lockdown As Protesters Enter The Building". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  16. ^ Lang, Brent; Littleton, Cynthia (Januari 6, 2021). "U.S. Capitol on Lockdown, Pro-Trump Protestors Breach Police Lines". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  17. ^ "1 shot dead, Congress evacuated, National Guard activated after pro-Trump rioters storm Capitol". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  18. ^ "Watch Live: Protesters Swarm US Capitol Steps as Congress Counts Electoral Votes". NBC4 Washington (dalam bahasa Inggeris). Januari 6, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  19. ^ "Trump supporters storm U.S. Capitol, with one woman killed and tear gas fired". Washington Post. Januari 6, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  20. ^ Matthews, Dylan (Januari 6, 2021). "Watch a tearful Trump supporter ask C-SPAN if her president lied to her". Vox (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021. At least one of the group storming the Capitol, Trump supporter Ashli Babbitt, was killed by an unknown shooter after she had made it inside the Capitol building.
  21. ^ "Man says San Diego woman killed in Capitol siege was his wife". KXAN Austin (dalam bahasa Inggeris). Januari 7, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  22. ^ Shallwani, Pervaiz (Januari 6, 2021). "At least two real explosive devices in DC rendered safe by law enforcement". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hill Trump video
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Durkee
  25. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama twitter-lock
  26. ^ Karni, Annie; Haberman, Maggie (January 6, 2021). "Trump openly condones supporters who violently stormed the Capitol, prompting Twitter to lock his account". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2021. Dicapai pada January 7, 2021.
  27. ^ "Conservative media members erupt with anger over protesters storming Capitol: 'This is domestic terrorism'". Fox News. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  28. ^ Natalie Dreier (Januari 6, 2021). "Capitol violence: What is sedition?". Cox Media Group National Content Desk. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021 – melalui KIRO.
  29. ^ Trepany, Charles. "'This is domestic terrorism': Meghan McCain, Cardi B and more react to Capitol riot". USA TODAY. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  30. ^ Corn, David. "Donald Trump is now a terrorist leader". Mother Jones. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  31. ^ Johnson, Martin (Januari 6, 2021). "Cori Bush introduces legislation to sanction, remove all House members who supported election challenges". The Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  32. ^ Jansen, Bart. "President-elect Joe Biden calls Capitol riot 'insurrection,' urges President Trump to 'end siege'". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  33. ^ Graham, David A. (Januari 6, 2021). "This Is a Coup". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  34. ^ Musgrave, Paul. "This Is a Coup. Why Were Experts So Reluctant to See It Coming?". Foreign Policy (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  35. ^ Solnit, Rebecca. "Call it what it was: a coup attempt". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 7, 2021.
  36. ^ Coleman, Justine (Januari 6, 2021). "GOP lawmaker on violence at Capitol: 'This is a coup attempt'". TheHill (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 6, 2021. Dicapai pada Januari 6, 2021.
  37. ^ Jacobson, Louis (Januari 6, 2021). "PolitiFact – Is this a coup? Here's some history and context to help you decide". PolitiFact (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 7, 2021.
  38. ^ Justine Lofton (Januari 6, 2021). "Last U.S. Capitol breach was by British during War of 1812". MLive. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2021. Dicapai pada Januari 7, 2021.
  39. ^ "a violent seizure of the US Capitol building by violent rioters – the first time the Capitol had been breached since 1814 during the War of 1812" https://www.cnn.com/2021/01/06/politics/donald-trump-electoral-college-riot-us-capitol/index.html Diarkibkan Januari 7, 2021, di Wayback Machine
  40. ^ "Capitol riot: Trump commits to 'orderly' transition of power". BBC News (dalam bahasa Inggeris). January 8, 2021. Dicapai pada January 8, 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy