Shinto

Tapak Takachiho-gawara (高千穂河原) di tokong Furumiya-ato Kirishima, Prefektur Kagoshima, Jepun. Tempat ini dianggap paling suci anutan Shinto kerana dipercayai tempat turunnya dewi Amaterasu dari kayangannya ke Bumi.

Shinto (Jepun: 神道, rumi: Shintō) ialah agama asal Jepun. Ia membabitkan penyembahan dewa-dewi khusus (kami, 神 かみ), penunggu alam atau kehadiran semangat. Sesetengah kami terbatas di suatu tempat dan boleh dianggap sebagai penunggu atau asal sesuatu tempat, tetapi sesetengah yang lain melambangkan objek semula jadi penting atau kejadian, sebagai contoh, Amaterasu, Dewi Matahari. Perkataan Syinto dicipta daripada gabungan dua huruf bahasa Cina (神道, dibaca shen dao menurut bacaan Cina moden) masing-masing bermaksud "dewa" dan "jalan" atau "arah" - perkataan sama yang digunakan bagi perkataan "Taoisme - lalu boleh ditafsirkan bererti "laluan ke arah kedewaan".

Selepas Perang Dunia Kedua, Syinto kehilangan statusnya sebagai agama kebangsaan; kebanyakan amalan dan ajaran Syinto, yang dititikberatkan sebelum perang, tidak lagi diajari atau diamalkan masa kini walaupun sesetengahnya kekal sebagai aktiviti harian seperti omikuji.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy