Sinar gama

Ilustrasi pelepas sinar gama (γ) dari nukleus atom
Sinar gama dipancarkan semasa pembelahan nuklear dalam letupan nuklear.

Sinar gama (diwakili dengan huruf Yunani γ) merupakan bentuk sinaran elektromagnet (EMR) atau pancaran cahaya bagi frekuensi khas dihasilkan dari interaksi zarah sub-atom, seperti pelupusan elektron-positron dan penguraian radioaktif; kebanyakannya dihasilkan dari reaksi nuklear yang berlaku dalam medium antara bintang angkasa.

Pancaran gamma biasanya dicirikan sebagai EMR, mempunyai frekuensi dan tenaga tertinggi, dan juga panjang gelombang terpendek, dalam spektrum sinaran elektromagnet, contoh, foton berkuasa tinggi. Disebabkan kandungan tenaga tinggi ini, ia mampu menyebabkan kerosakan serius apabila diserap oleh tisu hidup.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy