Sistem koordinat cakerawala

Orientasi Koordinat Astronomi
Orientasi sistem koordinat khatulistiwa, gerhana, galaksi yang diunjurkan pada sfera cakerawala, menunjukkan khatulistiwa galaksi (hitam), kutub galaksi utara (NGP), khatulistiwa gerhana (jingga), kutub ekliptik utara (NEP), khatulistiwa cakerawala (biru) dan kutub cakerawala utara (NCP). Matahari dan bumi tidak ditunjukkan kepada skala tetapi untuk menunjukkan hala tuju orbit matahari mengelilingi pusat galaksi dan hala tuju orbit bumi mengelilingi matahari.

Sistem koordinat cakerawala, sistem koordinat samawi atau sistem koordinat jumantara dalam ilmu falak merupakan suatu sistem koordinat yang memetakan kedudukan di atas sfera cakerawala. Terdapat sistem koordinat cakerawala yang berbeza masing-masing menggunakan suatu sistem koordinat sfera yang diunjurkan pada sfera cakerawala, dimana ia adalah tamsilan kepada sistem koordinat geografi yang digunakan pada permukaan Bumi.[1] Sistem-sistem koordinat hanya berbeza dalam pilihan pada satah asasi, yang membahagikan langit kepada dua hemisfera yang sama dalam bulatan agung. Sebagai contoh, satah asasi sistem geografi ialah khatulistiwa Bumi. Setiap sistem koordinat dinamakan berdasarkan pilihan pada satah asasi.

  1. ^ Schombert, James. "Earth Coordinate System". Jabatan Fizik, Universiti Oregon. Dicapai pada 19 Mac 2011. Unknown parameter |transtitle= ignored (|trans-title= suggested) (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy