Sistem koordinat mengufuk

Koordinat mengufuk. Azimut dari titik Utara (merah) - juga dari titik Selatan yang menuju ke Barat (biru). Altitud ditunjukkan dalam warna hijau.

Sistem koordinat mengufuk merupakan sistem koordinat cakerawala yang menggunakan ufuk tempatan si pemerhati sebagai satah asasi. Sistem koordinat ini membahagikan langit kepada dua hemisfera iaitu hemisfera atas untuk objek (jasad) yang dapat dilihat dan hemisfera bawah dimana objek tidak dapat dilihat kerana Bumi berada di atas laluan. Bulatan agung yang memisahkan dua hemisfera ini disebut sebagai ufuk cakerawala atau ufuk dasar. Kutub bagi hemisfera bahagian atas ialah zenit manakala bagi hemisfera bahagian bawah pula ialah nadir.[1]

Koordinat mengufuk adalah:

  • Altitud (Alt), kadangkala dirujuk sebagai dongakan adalah sudut antara objek dengan ufuk tempatan si pemerhati. Ia dinyatakan sebagai sudut di antara 0 darjah hingga 90 darjah.
  • Azimut (Az) iaitu sudut objek yang mengelilingi kaki langit (ufuk), biasanya diukur dari utara dan meningkat ke arah timur.
  • Jarak zenit, jarak overhed secara terus (yakni zenit) yang kadangkala digunakan selain daripada altitud dalam sesetengah pengiraan yang menggunakan koordinat ini. Jarak zenit adalah pelengkap kepada altitud (yakni 90°-altitud).

Sistem koordinat mengufuk juga kadangkala dipanggil sebagai az/el[2] atau sistem koordinat Alt/Az.

  1. ^ Schombert, James. "Earth Coordinate System (Sistem Koordinat Bumi)". Jabatan Fizik Universiti Oregon. Dicapai pada 19 Mac 2011.
  2. ^ hawaii.edu

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy