Sosialisme Islam

Sosialisme Islam merupakan suatu terma yang dicipta oleh pemikir-aktivis Muslim tentang sosialisme yang selama ini dianggap sesat dan atheisme ke arah sosialisme yang lebih bersifat religius dan spiritual. Kebanyakan agamawan Islam arus perdana menulis dan mengatakan kaum sosialis sebagai atheis, dan menyatakan juga, kaedah seperti mengambil hak milik peribadi, sebagai menindas dan menentang ajaran Islam. Sosialis Islam pula mempercayai bahawa ajaran Nabi Muhammad (terutamanya isi-isi Al-Qur'an)[1] adalah bersamaan dengan prinsip-prinsip kesamaan dan pengagihan semula kekayaan. Antara hadith yang popular dan sering dikutip dalam hal ini ialah,

« اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإَِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ»

“Kaum Muslim berkongsi dalam tiga hal, yaitu padang rumput, air dan api.“

Ayat Al-Qur'an yang seringkali dipetik dalam mengkhabarkan suatu hari nanti akan berdirinya pemerintah dari kaum tertindas (yang ditafsirkan secara bebas sebagai golongan mustadh'afin dan proletariat) ialah,

«وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةًۭ وَنَجْعَلَهُمُ ٱلْوَٰرِثِينَ»

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Ayat 5, Surah Al-Qasas)


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy