Stadium Olimpik Athens

Stadium Olimpik
OAKA
Stadium Spiros Louis
UEFA Elite Stadium
Nama penuhAthens Olympic Stadium
LokasiMaroussi, Athens, Yunani
Dibina1979[1]
Dibuka1982[1]
Diubahsuai2000-2004 (Olimpik)[1]
PemilikGreek Government
PengendaliOAKA
PermukaanGrass
Kos pembinaan€265 million (Renovation 2004)
ArkitekSantiago Calatrava (Renovation)
Kapasiti71,030[1]
Dimensi padang105 x 68 m[1]
Penyewa
Panathinaikos
AEK Athens
Athens 2004

Stadium Olimpik di Athens (bahasa Yunani: Ολυμπιακό Στάδιο) merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Olimpik Athens. Ia juga dikenali sebagai Stadium Spiridon Louis , sempena nama pemenang maraton pertama Sukan Olimpik Musim Panas 1896.

Stadium ini sebahagian dari Komplek Sukan Olimpik Athens. Stadium ini menjadi lokasi acara olahraga dan bola sepak semasa Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greek.

Stadium ini juga menjadi lokasi upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2004 pada 13 Ogos tahun yang sama dan upacara penutupnya pada 29 Ogos. Ia boleh menampung 72,000 penonton ketika Sukan Olimpik tapi hanya 56,700 penonton semasa acara balapan dan padang.

Stadium ini dibina pada 1980-1982 dan siap pada 1982 untuk Sukan Eropah - olahraga. Ia dirasmikan oleh Presiden Yunani, Konstantinos Karamanlis. Stadium ini menjadi tuan rumah Sukan Mediterranean 1991 dan Sukan Dunia IAAF 1997 - Olahraga.

Stadium ini kecoh kerana bumbung yang direka oleh Santiago Calatrava bagi mengatasi masalah sinaran dan silau cahaya matahari tidak menepati piawai antarabangsa. Stadium ini secara rasmi dibuka semula pada 30 Julai 2004.

Stadium ini telah menjadi tuan rumah Perlawanan Akhir Liga Juara-juara UEFA pada 2007.

  1. ^ a b c d e "Description: Capacity". O.A.K.A. "Spiros Louis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 2008-05-29.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy