Steyr AUG

Steyr AUG
Raifal Gempur Steyr AUG
JenisRaifal Gempur
Tempat asal Austria
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1978
Digunakan olehAmerika Syarikat, Argentina, Austria, Australia, Britain, Filipina,Ireland, Indonesia, Latvia, Luxembourg, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Timor Leste, Tunisia.
Sejarah pengeluaran
Direka1977
PengeluarSteyr Mannlicher
Dihasilkan1978 hingga sekarang
Spesifikasi
Berat3.8 kg, tanpa peluru
Panjang690 mm - 790 mm
Panjang laras407 mm

Kartrij5.56 x 45 mm NATO,
9 x 19 mm
Kaliber5.56 mm (.223 Remington),
9 mm
Kadar tembakan600 hingga 800 butir/min
Halaju muncung992 m/s (3,255 ft/s)
Jarak tembakan efektif450–600 m
Sistem suapanKelopak peluru 30 hingga kelopak drum 100 butir

Steyr AUG adalah sistem persenjataan raifal tempur yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1977 oleh syarikat persenjataan dari negara Austria iaitu Steyr Mannlicher[pautan mati kekal]. AUG adalah nama singkatan daripada Armee Universal Gewehr, yang bermaksud "Raifal Tentera Serbaboleh". Steyr AUG sering diberi gelaran bagi versi yang unik, iaitu variasi raifal tempur jenis BULLPUP iaitu senjata yang mempunyai sistem kelopak yang dipasangkan dibahagian belakang penggenggam tangan (pistol grip) dan menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm NATO, dengan versi warna hijau hingga hitam dan mempunyai sistem pejera teleskopik. Raifal ini sebenarnya mempunyai pelbagai versi, terdiri daripada versi submesingan, penembak tepat hinggalah kepada sistem mesingan ringan (LMG). Senjata ini telah dijadikan sebagai senjata utama oleh seluruh pasukan bersenjata pelbagai negara iaitu Austria, Australia, Luxembourg dan juga turut digunakan oleh Malaysia sebelum digantikan oleh karbin Colt M4A1. Salah satu elemen tempur Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia iaitu Komando 69 atau VAT 69 turut menggunakan Steyr AUG versi A2.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy