Sukan Olimpik Musim Panas 2000

Sukan Olimpik XXVII
Hos BandarSydney, New South Wales, Australia
Negara199
Atlet10,651
(6,582 lelaki, 4,069 wanita)
Acara300 dalam 28 sukan
Pembukaan15 September 2000
Penutupan1 Oktober 2000
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Australia
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2000

Sukan Olimpik Musim Panas 2000 (bahasa Inggeris: 2000 Summer Olympics) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVII (bahasa Inggeris: Games of the XXVII Olympiad) dan juga dikenali sebagai Sukan Olimpik Milenium, Sukan Olimpik Milenium Baharu atau Sydney 2000 merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa yang telah dilangsungkan antara 13 September dan 1 Oktober 2000 di Sydney, New South Wales, Australia.[1] Temasya ini merupakan kali kedua Sukan Olimpik dianjurkan di Australia dan di Hemisfera Selatan selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1956 di Melbourne, Victoria.

Sydney dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2000 pada tahun 1993. Edisi Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi pertama yang mempunyai lebih daripada 300 buah acara dalam program sukan rasminya. Disebabkan oleh iklim Australia, temasya ini diadakan pada musim bunga dan bukan pada bulan Julai atau Ogos seperti kebanyakan Sukan Olimpik yang lain.

Sukan Olimpik 2000 telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia, terutamanya organisasinya, kemesraan sukarelawan dan orang Australia serta sikap sukan pada atletnya.[2] Kejayaan Sydney 2000 juga dijadikan sebagai rujukan oleh pihak penganjur London 2012.[3]

  1. ^ "Sydney 2000". olympics.com. Dicapai pada 29 September 2021.
  2. ^ "How the media viewed the Sydney Olympics". CoolRunning Australia. 20 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2017. Dicapai pada 19 April 2015.
  3. ^ "Sydney 2000 the Olympic Games benchmark, Sebastian Coe says". The Australian. 25 July 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy