Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Sukan Olimpik XXXIII
Hos BandarParis, Perancis
Cogan kataGames wide open
(Perancis: Ouvrons grand les Jeux)[1]
Pembukaan26 Julai
Penutupan11 Ogos
Dibuka oleh
StadiumStade de France Stade de France (Pertandingan olahraga, upacara penutupan)[2]
Jardins du Trocadéro dan Sungai Seine (Upacara pembukaan)
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن اوليمڤيك موسيم ڤانس ڤاريس ٢٠٢٤; Inggeris: 2024 Summer Olympics; Perancis: Jeux olympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXXIII (Inggeris: Games of the XXXIII Olympiad; Perancis: Jeux de la XXXIIIe Olympiade), dan turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan temasya sukan yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.[3]

Temasya ini merupakan kali ketiga bandaraya Paris menganjur Sukan Olimpik, selepas tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris. Temasya ini turut merupakan kali keenam Sukan Olimpik dianjurkan di negara Perancis (3 edisi Sukan Olimpik Musim Panas dan 3 edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk). Temasya Sukan Olimpik akan kembali kepada kitaran 4 tahun tradisionalnya, setelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun ditangguhkan hingga 2021 atas sebab pandemik COVID-19. Buat kali pertama, acara breaking akan dipertandingkan. Temasya ini juga merupakan edisi Sukan Olimpik yang terakhir dibawah pimpinan Presiden IOC Thomas Bach.[4] Temasya ini turut merupakan edisi musim panas pertama daripada tiga edisi berturut-turut akan datang yang menggunakan bahasa rasmi IOC (bahasa Inggeris dan bahasa Perancis).

Penganjuran temasya ini telah diganggu oleh beberapa kontroversi seperti pemilihan tapak pertandingan, penyertaan atlet Rusia dan Belarus dan sebagainya. Penganjuran Sukan Olimpik Paris dijangka akan menggunakan sebanyak $8.5 bilion.[5]

Proses pembidaan untuk edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini bermula pada tahun 2015. Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Usul untuk melantik tuan rumah bagi edisi 2024 dan 2028 telah diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[6] Pada 31 Julai, persetujuan dicapai antara IOC, Paris dan Los Angeles bahawa Paris akan menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan Los Angeles pula akan menganjur pada tahun 2028.[7] Keputusan ini diumumkan semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017[8]


Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi
  1. ^ "New Paris 2024 slogan "Games wide open" welcomed by IOC President" (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 25 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2022. Dicapai pada 25 Julai 2022.""Games Wide Open" slogan rasmi Olimpik Paris 2024". The Sun Daily. 26 Julai 2022. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  2. ^ "Stade de France".
  3. ^ Butler, Nick (7 Februari 2018). "Paris 2024 to start week earlier than planned after IOC approve date change". insidethegames.biz. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  4. ^ "Thomas Bach re-elected as IOC president until 2025". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2021. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  5. ^ "Macron's $8.5 Billion Olympics Is Already Facing Soaring Costs". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2022. Dicapai pada 19 Januari 2023.
  6. ^ Butler, Nick. 9 Jun 2017 "IOC Executive Board approve joint awarding plans for 2024 and 2028 Olympics". Inside the Games. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  7. ^ Wharton, David. "Los Angeles makes deal to host 2028 Summer Olympics". Los Angeles Times. Retrieved 31 July 2017.
  8. ^ "Olympic Games: Paris & LA to host 2024 & 2028 respectively". BBC. Dicapai pada 16 September 2017

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy