Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV
Hos BandarBeijing, China
Cogan kataBersama untuk Masa Depan Bersama
bahasa Inggeris: Together for a Shared Future
Cina ringkas: 一起向未来
Negara91
Atlet2,871
Acara109 dalam 7 sukan
Pembukaan4 Februari
Penutupan20 Februari
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Nasional Beijing
Musim Sejuk
Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas: 第二十四届冬季奥林匹克运动会pinyin: Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagai Beijing 2022 (Cina ringkas: 北京2022), ialah acara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang telah berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022, di Beijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayah Hebei di Republik Rakyat China.[1]

Beijing telah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2022 pada Julai 2015 semasa Sesi IOC ke-128 yang diadakan di Kuala Lumpur. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama di China dan Sukan Olimpik yang ketiga di negara tersebut, selepas Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Belia 2014. Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi terakhir daripada tiga Sukan Olimpik yang diadakan secara berturut-turut di Asia Timur (selepas Sukan Olimpik 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun). Buat kali yang pertama, Beijing menjadi bandar raya yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Empat buah tempat acara sedia ada yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpiik 2008 juga menganjurkan pertandingan semasa Beijing 2022 manakala Stadium Nasional Beijing telah menjadi lokasi upacara perasmian dan penutupan. Antara kebimbangan dan kontroversi berkaitan dengan Beijing 2022 termasuklah boikot diplomatik yang disertai oleh 10 buah negara.

  1. ^ "Beijing to host 2022 Winter Olympics and Paralympics". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 31 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2019. Dicapai pada 6 Disember 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy