Sukan Paralimpik Musim Panas 1960

Sukan Paralimpik I
Bandar tuan rumahRom, Itali
Penyertaan negara23
Penyertaan atlet~400
Acara57 dalam 8 sukan
Upacara pembukaan18 September 1960
Upacara penutupan25 September 1960
Pembukaan dirasmikan olehCamillo Giardina
Stadium utamaStadio Olimpico

Sukan Stoke Mendeville Antarabangsa Tahunan 1960 atau kemudian dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas 1960 (Bahasa Inggeris: 1960 Summer Paralympics; Bahasa Itali: Giochi paralimpici estivi del 1960) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Rom, Itali dari 18 hingga 25 September 1960.[1] Temasya ini merupakan Sukan Paralimpik antarabangsa yang pertama, selepas Sukan Stoke Mandeville yang diadakan dari 1948 hingga 1952 di Stoke Mandeville. Istilah "Sukan Paralimpik" hanya diterima oleh IOC pada tahun 1984.

Edisi ini dikendalikan oleh Persekutuan Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa, hal ini adalah kerana Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) hanya ditubuhkan pada tahun 1989. [2] Pada Sukan Paralimpik 1960, hanya atlet yang mempunyai kecederaan pada saraf tunjang boleh menyertai acara sukan ini. Sebanyak 400 atlet dari 23 negara telah menyertai Sukan Paralimpik 1960.[3][4][5][6]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy