Sukan Paralimpik Musim Panas 1964

Sukan Paralimpik II
Bandar tuan rumahTokyo, Jepun
Penyertaan negara21
Penyertaan atlet375
Acara144 dalam 9 sukan
Upacara pembukaan8 November 1964
Upacara penutupan12 November 1964
Pembukaan dirasmikan olehPutera Makhota Akihito
Stadium utamaPadang Oda

Sukan Paralimpik Musim Panas 1964 (Bahasa Inggeris: 1964 Summer Paralympics; Bahasa Jepun: 1964年夏季パラリンピック; Hepburn: 1964-Nen Kaki Pararinpikku) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 8 hingga 12 November 1964.[1] Temasya ini merupakan Sukan Paralimpik yang kedua, dan juga edisi terakhir yang dianjurkan di bandar tuan rumah yang sama dengan Sukan Olimpik sebelum Sukan Paralimpik 1988. Tokyo akan menganjurkan semula Sukan Paralimpik pada tahun 2020 dan menjadi bandaraya pertama yang melakukan demikian.

Walaupun secara rasminya temasya ini merupakan sebahagian daripada Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa, namun temasya ini merupakan edisi pertama yang menggunakan istilah "Sukan Paralimpik" untuk merujuk kepada acara sukan ini.[2] Selain itu, acara lumba kerusi roda juga pertama kali diperkenalkan dalam program olahraga Sukan Paralimpik, angkat berat turut dimasukkan ke program acara Sukan Paralimpik buat kali yang pertama.[1]

  1. ^ a b "Tokyo 1964", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ "History and Use of the Term Paralympic" (PDF). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Dicapai pada 9 Oktober 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy