Sukan Paralimpik Musim Panas 1968

Sukan Paralimpik III
Bandar tuan rumahTel Aviv, Israel
Penyertaan negara28
Penyertaan atlet750
Acara181 dalam 10 sukan
Upacara pembukaan4 November 1968
Upacara penutupan13 November 1968
Pembukaan dirasmikan olehYigal Allon
Stadium utamaTel Aviv Thingstätte

Sukan Paralimpik Musim Panas 1968 (bahasa Inggeris: 1968 Summer Paralympics, Ibrani: המשחקים הפאראלימפיים בקיץ 1968‎) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tel Aviv, Israel dari 4 hingga 13 November 1968.[1]

Temasya tersebut asalnya dijadualkan untuk diadakan di Bandar Raya Mexico, tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1968. Namun pada tahun 1966, kerajaan Mexico mengatakan bahawa mereka tidak mampu menganjurkannya disebabkan oleh kekangan teknikal.[2] Kerajaan Israel telah menawar untuk menganjurkan temasya tersebut di Tel Aviv dan tawaran tersebut telah diterima. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik diadakan di bandar yang berbeza dengan Sukan Olimpik.

  1. ^ "Tel Aviv 1968", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ "1968 Tel Aviv". insidethegames.biz. Dunsar Media Company. Dicapai pada 11 October 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy