Sukan Paralimpik Musim Panas 1996

Sukan Paralimpik XIII
Bandar tuan rumahAtlanta, Amerika Syarikat
Cogan kataThe Triumph of the Human Spirit
(Melayu: Kemenangan Semangat Manusia)
Penyertaan negara104
Penyertaan atlet3,259 (2,469 lelaki, 790 perempuan)
Acara508 dalam 20 sukan
Upacara pembukaan16 Ogos 1996
Upacara penutupan25 Ogos 1996
Pembukaan dirasmikan olehNaib Presiden Al Gore
Obor paralimpikMark Wellman
Stadium utamaStadium Olimpik Centennial

Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 (bahasa Inggeris: 1996 Summer Paralympics) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-10 (bahasa Inggeris: 10th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Atlanta, Amerika Syarikat dari 16 hingga 25 Ogos 1996.[1]

Temasya ini merupakan kali kedua Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Paralimpik, selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 yang dianjurkan di Bandar Raya New York. Temasya ini turut merupakan Sukan Paralimpik pertama yang mendapat penajaan dari seluruh dunia. Sukan Paralimpik 1996 juga menjadi edisi Sukan Paralimpik pertama yang disiarkan di Amerika Syarikat.[1] Selain itu, atlet berkecacatan intelektual turut diberikan pingat buat pertama kali di Sukan Paralimpik.[2]

Amerika Syarikat menjadi johan keseluruhan dengan 157 pingat dan 46 pingat emas, diikuti dengan Australia dan Jerman yang memperoleh pingat perak yang terbanyak (58 buah) dalam temasya tersebut.[3]

  1. ^ a b "Atlanta 1996", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ Robert Daniel Steadward; Elizabeth Jane Watkinson; Garry David Wheeler (2003). Adapted physical activity. Universiti Alberta. m/s. 577. ISBN 0-88864-375-6.
  3. ^ "Medal Standings – Atlanta 1996 Paralympic Games". International Paralympic Committee. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2011. Dicapai pada July 12, 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy