Suku Bidayuh

Suku Bidayuh
Kawasan ramai penduduk
Sarawak
Bahasa
Bahasa Melayu, Bahasa Bidayuh,
Agama
Kristian, anenisma, Islam
Kumpulan etnik berkaitan
austronesiaclose related to Melanau, penan, kenyah, kayan
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "2 = imej " yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "nama etnik" yang tidak diketahui

Kaum bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan Mereka dipercayai berasal dari pergunungan Penrissen Sarawak berdasarkan teori penghijrahan penduduk pertama di pulau Borneo (Deep Skull) yang ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu:

  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1]
  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Dan minoriti mereka adalah agama Islam

Orang bidayuh juga merupakan saudara terdekat masyarakat melanau, kayan, kenyah dan penan. Etnik bidayuh juga mempunyai reka bentuk rumah yg unik, bentuk rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat daripada buluh. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy