Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV عبد الجليل رعاية شاه | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Johor | |||||
Fail:- | |||||
Sultan Johor | |||||
Pemerintahan | 1699 – 1718 | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | Sultan Mahmud Shah II | ||||
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah | ||||
Datuk Bendahara Johor Empayar Johor | |||||
Pemerintahan | - | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | - | ||||
Diikuti oleh | - | ||||
Keputeraan | Tun Abdul Jalil bin Tun Abdul Majid I kampung ..., kota Johor Lama, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, Empayar Johor, Malaia | ||||
Kemangkatan | 21 November 1721 Kuala Pahang | ||||
Pemakaman | Makam D'Raja Pahang Kuala Pahang | ||||
Anakanda | 5.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 3.Tun Abbas | ||||
| |||||
Kerabat | Bendahara | ||||
Ayahanda | Tun Habib Abdul Majid | ||||
Agama | Islam |
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid ialah Sultan Johor ke-11 yang memerintah dari 3 September 1699 (Khamis, 8 Rabiulawal 1111 H)[1] hingga 1720. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".