Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar
Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Moden ke-I dan Sultan Johor ke-XX
Duli Yang Maha Mulia Maharaja Johor ke-II
Yang Maha Mulia Temenggong Johor ke-V
Pemerintahan 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895
Pendahulu Sultan Ali Iskandar Shah
Pengganti Sultan Ibrahim
Raja Muda Tunku Ibrahim
Pasangan Wan Chik binti Muhammad Tahir
Zubaidah binti Abdullah
Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Anakanda
Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Mariam
Tunku Putri
Tunku Azizah
Tunku Fatimah[1][fn 1]
Nama penuh
Almarhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Ayahanda Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman
(Maharaja Johor ke-I (De facto)
(Temenggong Johor ke-IV)
Bonda Cik' Ngah[2]
Keputeraan (1833-02-03)3 Februari 1833
Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura
Kemangkatan 4 Jun 1895(1895-06-04) (umur 62)
Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom
Dimakamkan 7 September 1895
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
Agama Islam
Maharaja Abu Bakar
مهاراج أبو بکر
Duli Yang Maha Mulia Maharaja Johor ke-II
Pemerintahan30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
Didahului olehMaharaja Tun
Daeng Ibrahim

Maharaja Johor ke-I (de facto)
Diikuti oleh(jawatan dimansuhkan)
Sultan Johor
KerabatTemenggong Johor
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "realm"
Temenggong Seri Maharaja
Wan Abu Bakar
تمڠݢوڠ سري مهاراج وان أبو بکر
Yang Maha Mulia Temenggung Johor ke-V
Pemerintahan2 Februari 1862 – 29 Jun 1868
Didahului olehTemenggung Tun Daeng Ibrahim
(Temenggong Johor ke-IV)
Diikuti oleh(jawatan dimansuhkan)
Maharaja Johor
KerabatTemenggong Johor
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "realm"
Gelaran hormat bagi
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim GCMG KCSI (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) telah menggantikan ayahandanya, Maharaja Tun Daeng Ibrahim Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman.

bagi mentadbir Johor dari 1862 hingga 1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3]. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah merupakan Sultan Johor era moden pertama.

Temenggong Wan Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Wangsa Temenggong Johor dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggong Wan Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggong Wan Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggong Wan Abu Bakar pada tahun 1868.

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Dewan Sastera, pg 14
  2. ^ Christopher Buyers, Johor10, dicapai pada 20 April 2009
  3. ^ [Carl A. Trocki, ms 128.]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "fn", tetapi tiada tag <references group="fn"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy