Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan سلطان ڤيراق | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sejak 29 Mei 2014 | |
Pertabalan 06 Mei 2015 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | |
Raja pertama | |
Pembentukan | 1528 |
Persemayaman | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar |
Laman sesawang | sultan |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان دان جاجهن تعلوقڽ) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.
Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.
Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]
Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.
Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]