Sut

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden A.S. Barack Obama memakai sut bisnes ala Barat.
Narendra Modi, Perdana Menteri India, dan Vladimir Putin, Presiden Rusia, memakai sut bisnes. Di lihat Modi memakai Jodhpuri berkolar Mandarin, ia merupakan kebiasaan di India, manakala jaket Putin memaparkan lapel noc, yang menjadi kebiasaan di dunia Barat.

Sut, lounge suit ("sut urusan"), atau sut bisnes ialah satu set persalinan yang merangkumi sut jaket dan seluar dari tekstil yang serupa dipakai dengan kemeja berkolar, tali leher, dan kasut kulit. Sut skirt adalah serupa, tetapi dipadankan dengan skirt bukannya seluar. Ia dianggap pakaian tidak formal dalam kod berpakaian Barat. Sut urusan berasal dari Britain pada abad ke-19 sebagai alternatif lebih kasual bagi pakaian sukan dan baju tradisional British, dengan berakar umbi dari era moden awal Eropah Barat. Selepas menggantikan kot frock hitam pada awal abad ke-20 sebagai pakaian harian tetap, muncul satu sut warna yang tenang di kenali sebagai sut urusan.

Sut ditawarkan dalam reka bentuk dan ciptaan yang berlainan. Potongan dan kain, samada dua atau tiga padanan, jenis bres tunggal (satu baris butang) atau jenis dubel bres (dua baris butang), berbeza-beza, sebagai tambahan kepada pelbagai aksesori. Sut padanan dua mempunyai jaket dan seluar; sut padanan tiga menambah weskot.[1] Topi selalu dipakai di luar bangunan (dan kadangkala didalam bangunan) dengan semua persalinan lelaki sehingga kontra-kebudayaan pada 1960an dalam kebudayaan Barat. Sut tidak formal telah dipakai secara tradisional dengan topi fedora, topi trilby, atau kep leper ("topi Baretta"). Aksesori lain termasuk sapu tangan, tali bawat atau tali pinggang, jam tangan, dan perhiasan.

Jenis sut terkenal lain adalah untuk majlis semi-formal—iaitu sut makan malam (black tie) dan sut lounge hitam ("stroller")—kedua-duanya muncul sebagai alternatif yang kurang formal bagi pakaian formal kot rasmi bagi white tie, dan kot pagi dengan seluar formal bagi pakaian pagi.

  1. ^ Flusser (2002). p. 146

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy