Tagal

Tagal atau bombon ialah sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia. Ikan di sungai yang ditagal atau dibombon tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semula jadi dihadkan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut berterusan untuk generasi akan datang. Sistem tagal diurus dan dipantau oleh Jabatan Perikanan Sabah (DOF).[1] Tujuan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai selain menjana pendapatan masyarakat. Sistem ini juga memberi manfaat kepada industri pelancongan di Sabah.[2] Pada tahun 2009, 240 sungai di Sabah telah ditagalkan.

Sistem tagal dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon merah, hijau dan kuning.[3]

  1. ^ Sintian, Minah. "Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Kadazandusun dalam Pemeliharaan Alam Sekitar". Persidangan Intelektual Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  2. ^ F. Michael, Jurry Foo @ Jurry (2011). "Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti". Malaysia Journal of Society and Space. 7 (1). ISSN 2180-2491. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  3. ^ Wong, Jephrin Zefrinus (2009). "Towards Sustainable Community-based Fishery Resources Management: The Tagal System of Sabah, Malaysia" (PDF). Fish for the People (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). Dicapai pada 15 Mac 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia ยท View on Wikipedia

Developed by Tubidy