Taiga Fujimura (藤村 大河 , Fujimura Taiga) merupakan seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.
Taiga merupakan guru matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Shirō, guru kelasnya serta guru penasihat kelab Dojo Kyudo sekolah. Dia tidak menyenangi nama gelarannya iaitu Tiger (タイガー , Taigā, secara literal "Harimau") ("Taiga" dan Tiger berbunyi sama dalam bahasa Jepun), meskipun Shirō memanggilnya sekadar "Fuji-nee" (Kak Fuji) sahaja. Selepas kematian Kiritsugu, Taiga menjadi penjaga Shirō dan telah tinggal bersama-samanya buat beberapa tahun. Taiga dan Shirō sangat rapat dengan diri masing-masing, dan Shirō dianggapnya sebagai adik lelakinya sendiri.
Seiyu watak Taiga Fujimura ialah Miki Itou, dan alihan suara bahasa Inggerisnya dilakukan oleh Julie Anne Taylor.[1]