Taksonomi

Taksonomi (daripada Yunani τάξις tassein, iaitu pengelasan dan νομία nomia, iaitu kaedah) [1] yang merujuk kepada:

  • sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa)
  • sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.

Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.

  1. ^ Harper, Douglas. "Taxonomy". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada Jan 26, 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in