Taman Melawati

Taman Melawati ialah kawasan perumahan di Hulu Kelang, Ampang Jaya, Selangor. Taman Melawati terletak di bawah Mukim Hulu Kelang, daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Meskipun poskod Kuala Lumpur, Taman Melawati adalah sebahagian daripada negeri Selangor. Sebab nama Kuala Lumpur dikekalkan kerana faktor sejarah kerana Hulu Kelang merupakan sebahagian daripada daerah Kuala Lumpur sebelum ini tetapi tidak dimasukkan ke dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Taman Melawati berada di Zon 1 (MPAJ)[1].


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy