Tan Sri

Tan Sri adalah gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan Malaysia yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas gelaran Tun. Ia adalah gelaran bagi mereka yang menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua, Panglima Mangku Negara bagi kelas pertama dan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua, Panglima Setia Mahkota bagi kelas kedua.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy