Tanah Rupert

Tanah Rupert menunjukkan Kilang York

Tanah Rupert (bahasa Inggeris: Rupert's Land) atau "Tanah Putera Rupert" (bahasa Inggeris: Prince Rupert's Land) merupakan sebuah kawasan dalam jajahan British Amerika Utara meliputi lembangan saliran Teluk Hudson yang dimiliki syarikat piagam diraja Hudson's Bay Company selama 200 tahun iaitu bermula dari 1670 hingga 1870; namun terdapat juga banyaknya kumpulan orang asli yang tinggal di kawasan yang sama dan mempertikaikan kedaulatan mereka di kawasan tersebut. . Nama bagi kawasan ini diambil bersempena dengan nama Putera Rupert dari Rhine, iaitu anak saudara kepada Charles I dari England dan adalah gabenor pertama yang mentadbir syarikat Teluk Hudson.

Sebahagian besar kawasan ini kini merangkumi Kanada - termasuk semua provinsi Manitoba, sebahagian besar Saskatchewan, bahagian-bahagian selatan Alberta dan Nunavut serta bahagian utara Ontario dan Quebec; manakala sebahagian kecil lain kawasan ini kini termasuk dalam wilayah Amerika Syarikat termasuk seluruh Minnesota dan Dakota Utara serta sebahagian kecil Montana dan Dakota Selatan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy