Tanah Tinggi Cameron

Tanah Tinggi Cameron
تانه تيڠݢي كيمرن
Cameron Highlands
Mohor rasmi Tanah Tinggi Cameron تانه تيڠݢي كيمرن‎ Cameron Highlands
Etimologi: William Cameron, seorang ahli geologi dan juruukur British
Tanah Tinggi Cameron is located in Bumi
Tanah Tinggi Cameron
Tanah Tinggi Cameron (Bumi)
Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.5°N 101.5°E / 4.5; 101.5Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.5°N 101.5°E / 4.5; 101.5
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Mula diterokai1885
Majlis PerbandaranJun 2022
PusatTanah Rata
Jelai
Pentadbiran
 • Yang DipertuaDato Zainal Abidin bin Md Amin
Keluasan
 • Jumlah712 km2 (275 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah38,471
 • Kepadatan54/km2 (140/batu persegi)
Zon waktuUTC+08:00 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
39xxx
Pendaftaran kenderaanC, A
Laman sesawangwww.mdcameron.gov.my

Tanah Tinggi Cameron (bahasa Inggeris: Cameron Highlands) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.[2]

Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar).[3] Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.[4][5][6]

  1. ^ "Table 3.6: Total population by ethnic group, sex, administrative district and state, Malaysia, 2010 (PDF). Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010, Department of Statistics, Malaysia". m/s. 67 (dalam PDF).
  2. ^ "Ringkasan Eksekutif RT Cameron Highlands 2030" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-22. Dicapai pada 2018-01-07.
  3. ^ Moore, Wendy Khadijah (2004). Malaysia: A Pictorial History 1400–2004. Archipelago Press. m/s. 182. ISBN 981-4068-77-2.
  4. ^ "HISTORY OF CAMERON HIGHLANDS: Need For Continuity Of A Declared Government Policy, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942), Monday, 23 September 1935". m/s. 3 (Microfilm reel no. NL 3569), National Library, Singapore.
  5. ^ Moore, Wendy Khadijah (2004). Malaysia: A Pictorial History 1400–2004. Archipelago Press. m/s. 182. ISBN 981-4068-77-2.
  6. ^ Barr, Pat (1977). TAMING THE JUNGLE. Martin Secker & Warburg Limited. m/s. 72. ISBN 0-436-03365-8.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy