Tanjong Malim

Bandar Tanjong Malim
بندر تانجوڠ ماليم
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Muallim
MukimBandar Tanjong Malim
KeluasanN/A

Bandar Tanjong Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.

Tanjong Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjong Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjong Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.

Tempat yang berhampiran dengan Tanjong Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy