Tasik Temenggor

Tasik Temenggor
LokasiMalaysia
KoordinatN5.543995 E101.333191
JenisKolam air
Negara lembanganMalaysia
Luas permukaan152 kilometer
PulauPulau Banding

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 250 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuh raya Timur Barat sehingga ke Jeli (stesen minyak Petron Batu Melintang) dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.


From Wikipedia, the free encyclopedia ยท View on Wikipedia

Developed by Tubidy