Taylor Swift

Taylor Swift
Taylor Swift di Anugerah Muzik Amerika 2019
Kelahiran
Taylor Alison Swift

(1989-12-13) 13 Disember 1989 (umur 34)
Pekerjaan
Nilai bersih$250 juta (anggaran Jun 2016)
Kerjaya muzik
GenreCountry,[2] pop[3]
InstrumenVokal, Gitar, Piano,[4] Banjo [5]
Tahun aktif2004 - kini
Syarikat rakaman
Laman web rasmitaylorswift.com
Tandatangan
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Taylor Alison Swift (lahir pada 13 Disember 1989) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menjadi salah satu penyanyi kontemporari wanita yang paling popular. Beliau dikenali dengan lagu naratif tentang kehidupan peribadi beliau, yang telah mendapat perhatian media dan kritikan umum.

Dibesarkan di Wyomissing, Pennsylvania. Swift berpindah ke Nashville, Tennessee pada usia 14 untuk memulakan kerjaya muziknya. Beliau menandatangani dengan label bebas Big Machine Records pada 2005 dan menjadi artis termuda ditandatangani oleh Sony/ATV Music pada 2004. Pelancaran album sulung eponim beliau pada tahun 2006 menandakan permulaan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Single dari album ketiga "Our Song", muncul sebagai orang termuda yang menulis sendiri dan mempersembahkan sebuah lagu nombor satu di carta Hot Country Songs. Album kedua Swift, Fearless, telah dikeluarkan pada tahun 2008. Didorong oleh kejayaan single pop "Love Story" dan "You Belong with Me", Fearless menjadi album terlaris tahun 2009 di Amerika Syarikat. Album ini telah memenangi empat Anugerah Grammy, dengan Swift menjadi pemenang termuda Album Tahunan.

Pada tahun 2009, Swift muncul dalam rancangan lewat malam Saturday Night Live diikuti dengan filem pertamanya pada tahun berikutnya pada Hari Kekasih. Swift merupakan penulis tunggal album 2010 beliau, Speak Now. Ia memulakan kerjaya di nomor satu di Amerika Syarikat dan single "Mean" memenangi dua Anugerah Grammy. Album keempatnya, Red (2012), menghasilkan single berjaya "We Are Never Ever Getting Back Together" dan "I Knew You Were Trouble". Dengan album kelima, berkonsepkan pop 1989 (2014), Swift menjadi artis pertama yang mempunyai tiga album menjual satu juta salinan dalam masa satu minggu di Amerika Syarikat. Singlenya "Shake It Off", "Blank Space" dan "Bad Blood" mencapai nomor satu di Amerika Syarikat, Australia dan Kanada. Album ini menerima tiga Anugerah Grammy, dan Swift menjadi wanita pertama dan orang kelima keseluruhan untuk memenangi Album of the Year dua kali. Konsert eponim beliau bagi tahun 1989 menjadi salah satu kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Sebagai seorang penulis lagu, Swift telah menerima anugerah daripada Persatuan Penulis Lagu Nashville dan penulis lagu Hall of Fame. Beliau juga merupakan penerima sebelas Anugerah Grammy, 52 Rekod Dunia Guinness, satu Anugerah Emmy, 25 Anugerah Muzik Billboard (terbanyak bagi artis wanita), 12 Country Music Association Awards, lapan Academy of Country Music Awards, dan dua Anugerah Brit. Swift adalah salah seorang artis terlaris sepanjang masa, telah menjual lebih daripada 50 juta album, termasuk 37,3 di Amerika Syarikat dan lebih daripada 150 juta muat turun single. Beliau telah muncul dalam 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time (2010, 2015 dan 2019), antara wanita berpendapatan paling tinggi dalam muzik Forbes (2011 - 2020), 100 wanita paling berkuasa (2015) dan Forbes Celebrity 100 (2016).

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama widdicombe1
  2. ^ Leahey, Andrew. "( Taylor Swift > Overview )". Rovi Corporation. Dicapai pada 2009-10-25. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Wilson, Benji (2009-10-25). "Taylor Swift – the meteoric rise of pop's brightest new star". Daily Mail. UK: Associated Newspapers Ltd. Dicapai pada 2009-10-25.
  4. ^ "Taylor Swift, Billboard's Best-Selling Artist of 2008, Announces 'Fearless 2009' Headlining Tour". Big Machine Records. 2009-01-30. Dicapai pada 2009-01-30.
  5. ^ "Taylor Swift... The Interview!". BBC Radio One. 2009-02-17. Dicapai pada 2009-02-17.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy