Teh Kok Lim

Yang Berhormat Tuan

Teh Kok Lim

ADN
郑国霖
Pengerusi Jawatankuasa
Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Memegang jawatan
22 November 2022
Menteri BesarSaarani Mohamad
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Aulong
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Nga Kor Ming
Majoriti14,857 (PRU-15)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Taiping, Perak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Nga Kor Ming
Digantikan oleh Wong Kah Woh
Majoriti27,384 (PRU-14)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Pokok Assam
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Yee Seu Kai
Digantikan oleh Leow Thye Yih
Majoriti7,925 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1970-03-18) 18 Mac 1970 (umur 54)
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
Pakatan Rakyat (PR)
PasanganNg Sok Chin
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiTeh Kok Lim di Facebook

YB Tuan Teh Kok Lim (Bahasa Cina: 郑国霖pinyin: Zhèng Guólín) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan ADN Aulong. Beliau sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Taiping selama sepenggal (2018-2022) dan ADN Pokok Assam selama sepenggal (2013-2018).

Pada pilihan raya 2018, Teh terpilih sebagai ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Taiping, dengan memenangi 42,997 daripada 69,743 undi.[1]

Beliau dilahirkan pada 18 Mac 1970 di Taiping telah berkahwin dengan Ng Sok Chin. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Mendapat pendidikan tertinggi di Monash University, Melbourne Australia pada 1990 hingga 1992 selepas melanjutkan pengajian pra universiti di Trinity Grammar School, Melbourne pada tahun 1989.

Beliau kemudian memulakan kerjayanya sebagai Pengurus operasi dengan mengusahakan perniagaan keluarga iaitu Ramlitac Plastic Ind. Sdn Bhd sejak 1993.

Penglibatan dalam politik, beliau pernah menyandang ADUN Pokok Assam Perak selama sepenggal selepas menang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Perak pada tahun 2010 dan menyandang jawatan Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Perak selama tiga tahun.

Kini, beliau dilantik Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Pada PRU14, Kok Lim daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 42,997 undian ketika menentang Tan Keng Liang daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,613 undi. Majoriti undi sebanyak 27,384.

Kerjaya:

  • Ahli Parlimen Taiping (2018 hingga kini)
  • Pengurus operasi Ramlitac Plastic Ind. Sdn Bhd
  • ADUN Pokok Assam (2013 hingga 2018)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Organisasi DAP Perak (2015 hingga kini)
  • Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Perak (2012 hingga 2015)
  • AJK DAP Perak (2010)

Pendidikan:

  • Monash University, Melbourne Australia (1990 hingga 1992)
  • Trinity Grammar School, Melbourne ( Pre U) (1989)
  • SMJK Hua Lian (1983hingga 88)
  • SJK Hua Lian 1 (1977 hingga 1982)
  1. ^ "Federal Government Gazette: Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes – Parliamentary Constituencies for the State of Perak" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. m/s. 10. Dicapai pada 17 February 2019.[pautan mati kekal]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy