Telinga

Telinga
تليڠا
Bahagian luar telinga manusia
Penyebutan telinga ("Ear") dalam Bahasa Inggeris (Received Pronunciation)
Butiran
SistemSistem pendengaran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinAuris
MeSHD004423
NeuroLex IDbirnlex_1062
TAA01.1.00.005
A15.3.00.001
FMAFMA:52780
Terminologi anatomi

Telinga (Jawi: تليڠا) merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh. Telinga pada haiwan vertebrata memiliki dasar yang sama daripada ikan hingga manusia, dengan beberapa kepelbagaian bergantung kepada fungsi dan spesies.

Setiap vertebrata memiliki satu pasang telinga, kedua-duanya terletak bersimetri pada bahagian yang berlawanan di kepala, untuk menjaga keseimbangan dan kedudukan bunyi.

Bunyi ialah bentuk tenaga yang bergerak menerusi udara, air, atau benda lain, dalam bentuk gelombang. Walaupun telinga yang mengesan bunyi, fungsi pengenalan dan tafsiran dilakukan di otak dan sistem saraf pusat. Rangsangan bunyi disampaikan ke otak melalui saraf yang menyambungkan telinga dan otak (nervus vestibulokoklearis).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy