Tembakau

Rencana ini adalah mengenai keluaran yang dikilangkan daripada tumbuhan-tumbuhan tembakau (Nicotiana spp.)
Daun tembakau parut untuk hisap paip.
Tembakau juga boleh ditekan menjadi songel dan dihiris menjadi emping.

Tembakau (disebut [tĕm.ba.kau], Jawi: تمباكاو) ialah hasil pertanian yang diproses daripada daun mana-mana spesies tumbuhan dalam genus Nicotiana keluarga Solanaceae terutamanya Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica. Daun-daun yang dikering awet ini sering diambil secara dibakar dan dihisap asapnya dalam bentuk cerut, rokok, atau menggunakan paip. Ia juga boleh dikunyah (seperti semasa bersirih pinang), "dicelup" (diletakkan antara pipi dengan gusi) atau dihidu ke dalam hidung sebagai bahan sedutan dalam bentuk serbuk halus.

Ia dahulunya ditanam lama dalam kalangan masyarakat peribumi Amerika untuk tujuan adat istiadat sebelum kedatangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini serta memperkenalkan ia ke Dunia Lama pada abad ke-16.

Pengambilan tembakau telah didapati mendatangkan risiko hebat terhadap paru-paru, jantung dan hati. Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan barangan tembakau sebagai bahan penyebab kematian mudah dielak yang terutama.[1]

  1. ^ "WHO Report on the global tobacco epidemic, 2008 (foreword and summary)" (PDF). World Health Organization. 2008. m/s. 8. Tobacco is the single most preventable cause of death in the world today.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy