Pada 10 Disember 1941 semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, suatu peperangan laut meletus dalam medan Pasifik berlaku di pantai timur Tanah Melayu jauh pesisiran Kuantan, Pahang di mana kapal-kapal perang HMS Prince of Wales dan Repulse milik Tentera Laut Diraja British ditenggelamkan pesawat pengebom bumi dan torpedo milik Angkatan Laut Imperial Jepun.
Penenggelaman kedua-dua kapal ini segera melumpuhkan Armada Timur British di Singapura. Kejadian ini menyedarkan terhadap betapa berkesannya serangan udara menumpaskan kapal-kapal laut sekiranya tidak mendapatkan perlindungan udara walaupun dengan kapal berlengkapan besar sekalipun, sepertimana juga yang dibuktikan serangan Jepun di Pearl Harbor, Hawaii yang menenggelamkan sebanyak 4 buah kapal perang milik Amerika Syarikat.[1]