Tentera Udara Itali

Tentera Udara Itali
Aeronautica Militare
Jata Tentera Udara Itali

Ditubuhkan pada28 Mac 1923 sebagai Regia Aeronautica
NegaraItali
Saiz45,000 anggota
763 pesawat
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Itali
MotoLatin: Virtute Siderum Tenus
"Bintang-Bintang Keberanian"
Komander
Ketua Turus Am Tentera Udara
(Capo di stato maggiore)
Generale di squadra aerea Pasquale Preziosa
Tanda kebesaran
Roundel

Tentera Udara Itali (Bahasa Itali: Aeronautica Militare; AM) ialah tentera udara bagi Republik Itali (Repubblica italiana). Tentera Udara telah ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica (yang bermaksud "Tentera Udara Diraja"). Dengan termansuhnya pemerintahan beraja di Itali dalam suatu pungutan suara dibuat selepas Perang Dunia Kedua menjadi sebuah republik tahun 1946, Regia Aeronautica telah ditukar nama kepada Aeronautica Militare. Semenjak itu ia memainkan peranan penting di dalam sejarah ketenteraan Itali moden.

Ia mempunyai pasukan pertunjukkan aerobatik tersendiri yang dikenali sebagai Frecce Tricolori.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy